Thursday, December 10, 2009

Kerepek Oh Kerepek!!!


Pada masa kini Industri Kecil dan Sederhana (IKS) main memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi di Malaysia. Industri ini merupakan salah satu sektor yang menjadi penyumbang terbesar kepada sumber ekonomi negara. Terdapat pelbagai jenis IKS yang sedang dimajukan antaranya ialah industri kerepek. Kerepek merupakan salah satu daripada makanan kudapan masyarakat di Malaysia yang sering menjadi santapan terutamanya ketika waktu petang. Kerepek telah menjadi kegemaran masyarakat sejak daripada dahulu lagi. Sehubungan dengan itu, Syarikat Kerepek Oh Kerepek telah ditubuhkan bagi mengkomersialkan lagi industri kerepek ini kepada skop pasaran yang lebih meluas.

Syarikat Kerepek Oh Kerepek merupakan sebuah syarikat perusahan kerepek yang bertempat di Batu Bahat, Johor. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 15 Januari 2000 dan kini syarikat ini telah berjaya bertapak selama 9 tahun. Syarikat ini ditubuhkan hasil perkongsian daripada beberapa perusahaan kerepek yang bergiat secara kecil-kecilan di sekitar Parit Raja, Batu Pahat. Hasil daripada iltizam daripada semua pihak, Syarikat Kerepek Oh Kerepek telah berjaya memulakan operasinya pada 2 Februari 2001.

Terdapat berbagai-bagai jenis kerepek yang telah berjaya dipasarkan oleh syarikat ini antaranya ialah Kerepek Pisang, Kerepek Ubi Keledek, Kerepek Bawang, Rempeyek, Kuih Tiram dan Kerepek Pagoda. Kerepek-kerek ini boleh didapatkan secara mudah daripada pembekal-pembekal syarikat ini dan galeri jualan syarikat yang bertempat di Parit Raja.


No comments:

Post a Comment